Senorita..Not A Good Thing at ALL!!

Bongkar rahsia 5 abang durjana

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

 

KAJANG: Selepas 10 tahun menyimpan rahsia, seorang wanita akhirnya membuat laporan polis mendakwa dirogol lima abang kandungnya sejak berusia 13 hingga 18 tahun.

Sebelum membuat laporan polis, mangsa yang kini berusia 23 tahun mengalami tekanan perasaan, malah enggan menceritakan kejadian itu kepada ibu bapanya sepanjang tempoh berkenaan.

Ini kerana dia tidak sanggup melihat semua abang kandungnya itu meringkuk dalam penjara.

Wanita malang itu juga menganggap dia terhutang budi dengan kebaikan semua abangnya yang sanggup menjaganya ketika berada di hospital akibat sakit jantung.

Bagaimanapun, sumber berkata, selepas tidak tertahan menanggung penderitaan yang sering menghantui dirinya, mangsa akhirnya nekad melaporkan kejadian sumbang mahram itu, baru-baru ini.

Katanya, mangsa difahamkan menjadikan seorang kakak angkat sebagai tempat dia meluahkan perasaan ditanggungnya.

Ibu mangsa yang dimaklumkan kejadian itu baru-baru ini terkejut dengan pengakuan berkenaan, tetapi langsung tidak mempercayai kata-katanya.

Namun, selepas mendengar keluhan anak perempuannya itu, si ibu terpaksa akur dan menemaninya membuat laporan di Balai Polis Kajang.

Mangsa kerap dijadikan pemuas nafsu lima abangnya setiap kali ibu bapa mereka pulang ke kampung di pantai timur.

“Ketika itulah mangsa mendakwa dia diperlakukan dengan kejam apabila semua abangnya mengambil kesempatan merogolnya.

“Mangsa kini masih dalam keadaan trauma setiap kali teringatkan kisah hitam itu,” katanya, semalam.

Dalam laporannya kepada polis, wanita terbabit turut mengakui mempunyai sejarah hitam sebelum itu apabila dia mendakwa dirogol seawal usia sembilan tahun oleh bapa saudaranya.

Ketika kejadian, dia diheret menuruni tangga dari tingkat dua oleh bapa saudaranya itu.

Dia mendakwa kejadian itu berlaku tiga hari sebelum menjelang perkahwinan lelaki terbabit.

Sumber polis memberitahu, polis sudah menahan semua suspek yang berusia 25 hingga 28 tahun termasuk pasangan kembar bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Lelaki yang juga bapa saudara mangsa juga akan ditahan tidak lama lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada wanita terbabit yang mendakwa dia dirogol lima abang kandungnya sendiri.

“Semua suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.

 

Bodoh sgt! Why such things happened? aku pon tak paham. Aku rasa diorg ni sejahil2 manusia. Sanggup buat mcm tuh dekat adik sendiri. Ni sumer atas didikan mak bapak. Yang penting asas agama itu mesti ada pada setiap family.  Plus kasih sayang antara siblings tuh…penting sgt! Klu tak sumer ni takkan jadik. Hmm…renung renungkan lah……….

 

2 thoughts on “Senorita..Not A Good Thing at ALL!!

  1. huhu…kesian giler bdk nie..smpi 5 org lak tu..
    bio kena tgkp..duduk dlm penjara tu nendiam..duk umah nyusahkan org..hahahaha..sesuke hati aku jerk..

  2. pada aku abang2 dia ni kene sebat. kalau setakat masuk penjara tak cukup. aku sakit hati bila baca artikel cam ni. gejala ni masih lg ada di malaysia. ingat kot da tak de. siannyer kat budak pompuan tu. sib baik dia kuat. kalau tak mesti dia da bunuh diri bab tak tahan tanggung penderitaan.

    kat sini pun ada kes cam tu gak. tp kene rogol ngan org lain. pas 6 tahun dia masih tak dpat lupakan kisah hitam tu then dia bunuh diri dia. sian kan. kisah hitam cam ni bukan senang nak dilupakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s