I am officially a Mummy

Hye guys,

Saya sudah pun selamat melahirkan baby lelaki seberat 3.1kg pada 8 June 2009 jan 2.14pm. Selepas lebih kurang 10 jam bertarung nyawa di labour room Hospital Besar Melaka, akhirnya saya selamat melahirkan bayi lelaki kami yg kami namakan Rayyan Zayd Hakeem b Shahrudin.

Pengalaman melahirkan Rayyan merupakan satu pengalaman yg tak dapat dilupakan.  Mr Shah pon turut menemani aku sehingga Rayyan selamat dilahirkan. 

Pada 7 June 09, awal2 pagi kami sudah bangun untuk ke kenduri Tok Ngah Rahim saudara kepada Mr Shah. Kami bertiga, bersama adekku Syahir yg menemani aku sepanjang hari2 aku hampir due utk bersalin. Seronok aku dapat makan kari daging, bubur pulut hitam, nasi minyak sampai mengah aku makan. Yelah, kata 9 June nak kene masok ward sbb nak kene induce kan. So makan puas2. Petang kami pulang ke rumah.  Malam seperti biasa nonton Mentor sambil makan malam. Malam itu, biasalah panas, lepas basahkan badan kasi sejuk, aku mula membaringkan diri utk tidur. Esoknya, Mak dan adek akan sampai di Melaka seawal2 pagi. Jadi aku dan syahir perlu amek mereka di Melaka Sentral.  Tiba2, start jam kira2 pukul 1 pagi, perut ku rase tidak sedap. Rasa sakit2 yg sekejap2 datang. Adakah ini rasanya contraction? aku masih confuse. Tak sampai hati nak kejut Mr Shah yg sedang lena tidur. Aku menahan sakit dalam diam.  Mataku mengantok tp perut ku masih rasa sakit yg dtg sekejap2. Pukul 2 lebih, aku dh mula tak tahan, aku kejut Mr Shah minta diurut belakang ku. Kesian..mata terpisat2 sambil mengurut belakang ku. Mungkin dia pon ingat sakit biasa. Lama2 aku semakin tidak tahan.. kami masih terpinga2, perlu ke hospital atau tidak… Tiba2 teringatkan bunga Siti fatimah yg perlu direndam dgn air bila aku sudah mula rasa sakit. Bila bunga siti fatimah tu kembang tandanya aku dah nak bersalin.  Akhirnya, pukul 3 pagi baru kami decide utk ke hospital. Aku cepat2 mandi, sempat juga solat hajat utk memudahkan proses delivery nnt.  Tak sangka, bunga Siti fatimah tu kembang mekar dalam bekas air yg ku letakkan air tadi. Mr Shah dan syahir turut bersiap, beg2 hospital, air selusuh, dan segala air penawar. Hampir pukul 4 kami bertolak ke hospital, sambil2 adek ku mengira kekerapan aku sakit.. 4 minit sekali. Bahagian perut ku , pinggang, ari2..rasa sakit mcm period pain.  Dalam hati ku hanya berselawat minta semua dipermudahkan.. takot gilerrrr………..

To be continued……

 

Anyway, exclusively published Rayyan on his 1st day,

rayyan2

6 thoughts on “I am officially a Mummy

  1. amboi sempat lg dia update blog tu. hahahahahah. congrates….
    hud, tak dpt nak jumpa ko ngan baby ko. kitorang da balik italy bab masing2 tak berapa nak sihat….

    anyway congrats skali lagi. canggih nama anak ko. mcm nama mat saleh gitu. =)

  2. congrats hud!!!happy to hear that u r safe..n the baby too…
    aku nk lawat ko n ur baby…tp ritu tk berkesempatan..huhu..
    hope u r still in Melaka…

    anyway, ur baby is so ADORABLE!!!!

  3. congrats..putihnya ang ko hud…
    tapi aku tak bapa cam muka sapa dlm gmbar ni..nak kena tgk betul2 kot baru tau..
    oklah mummy..take care ok
    hugs n kisses to ur baby

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s