Biskut Dan Milo

Huhu.. ada apa dgn entry di atas??

Takde pape sebenarnya,pagi ni malas nak makan roti, malas nak masak. jadiknya buat air milo and di tambah pula biskut kering, cicah2 pon sodap. And this menjadik feveret sampingan aku sejak berpantang ari tuh.

Anyway, malam tadi dan malam2 yg sebelomnya, my little one susah btol nak tido. Dah bagi 7oz susu, then golek2 atas katil, still tamau tido. Then after sejam kot or nearly sejam, dia menangis.. menangis… merengek2.. rupenye nak susu lagi. Then, I offered him another 4oz susu, punye excited nampak botol susu.. then baru leh tido. Kenapa ek??? Adakah kurang makan? Kurang kenyang?

Hmmmm…. anyway, aku dah successfully bagi Rayyan bubur + ikan + sayur (blended).. Alhamdulillah, he likes it so much! Apa jer dia tak suka kan.. sumer pon dia nak mamam… ;p

S.I.X Months Old

Smalam, my faveret boy genap 6 bulan.  We went to klinik for his monthly checkup,  I am a bit dissapointed, berat rayyan turun about 0.35kg. Mase 5mos his weight 7.7kg and this mos 7.35kg. Sian dier. Mmg tak dinafikan nampak susut sikit badan dia since peristiwa cirit birit dan muntah2 ari tuh.  Sian anak mummy ni.

And tadi ‘Misi’ yg consult kami tuh cadangkan cara pemakanan yg betol. Huhu, so esok semangat utk buat Rayyan bubur nasi + ikan + sayur. Hopefully he will like it.  Blender jar dah beli, ikan pon dah beli.  Kat umah aku ni jarang ade ikan. Asik ayam ayam ayam. Sebab si dia yg sinun tuh suke sgt makan ayam. Klu tak ayam, daging daging daging. Klu ikan, nak ikan besar2 je, ikan xde tulang.. (ade ke?) So, kali ni adela chance aku makan ikan goreng. Mmmphh..

Tadi ingat nak pi zoo la kan, tapi hari ni terhegeh2 plak nak pi klinik kan. Kami sampai klinik pon dah 3ptg.  So xde chancela kan. Xpe la lenkali sajeee! Ari ni sbb too boring ikot kami bershopping, aku manage to letak rayyan kat tpt duduk budak2 on the shopping trolley. Huhu. Baru muke dia senyum2 gumbira. But xdela letak and biarkan, of course la sambil pegang tangan dia. Comel je. Tegak je duduk xmo sandar2. Tapi lupe lak nak amek gambar. Haisshh…

Skarang ni , nak meniti ke umur 6 bulan, he’s getting older dan pandai menangis. Hmm… klu aku ke dapur or ke mana2 shj, mule lah nak menangis.. adehai.. klu letak dlm walker plak , dia plak yg sibok nak tolong kita kat dapur. Klu time mandi lagilaa.. aku tutup pintu sikit, kejap2 tgk dia kat luar pintu.. sbb dia mmg tunggu jer depan pintu bilik air dgn walker dia tuh. Haish… tuhler kadang2 waktu dia tido tu singkat sgt, so x sempat nak buat byk keja…  haish anak ku ini.. maanja sgt ler ni.  Camane la nak anta kat org or anta nursery, mau kena dera kalu byk songeh mcm dlm entry izan tuh… uhukkk.. adehaiii… tuhla asyik pk negatip negatip negatip….. ok stop stop stop…. pk positip positip positip… klu tak smpi bebila pon xleh keja… no no no.. sy mau kerjaaaaa..!!! Sekarang ni dah pandai berguling guling, mengensot tuh dah okla , dari dulu mengensot ke belakang skarang dah pandai ke depan. Angkat bontot dah boleh kejap2.. xpe ayyan praktis rajin2 ok. Mummy xmo letak ayyan dalam walker dah. Praktis rajin2 baru leh reward walker balik. Huhu.. mcm boleh percaya jer mak kau tuh kan!!! ;p

Dulu sy tak dapat capai.. skarang, amek kau!!!

sy tersepit di sini... ;p

p/s : sy bukan mendera anak sy yerr tuan tuan dan puan puan.  Tuhle jadinye klu asyik ‘ghostan’ je..

Rayyan @ 6 mos old

Weight – 7.35kg

Length – 68cm

Semoga anak mummy sentiasa sihat, happy dan menjadi anak yg soleh. Happy 6 months old sayang. We love you so much.”Love, Mummy & Daddy.

Omak eh yg craziness!!

ada apa bangg??

hehe..jgn salah sangka yer! bukannye aku meroyan nak baby girl smpikan anak aku yg teruna lagi perkasa di pakaikan hijab! huhu.. actually, satu hari org tanye ni ikot muka sape, ikot muke maknye or bapaknye, then aku terpikir satu idea.. lets pakaikan baby ku yg gagah perkasa ini tudung, so itulah terjadi…. haha! ikot muke sape ni? hmm..ikot muke rayyan la kan!!! tapi comel sungguh sbb rayyan sungguh tak kisah diperlakukan ape2 pon kat dia… hehehehe.. sporting anak gue ni!! tapi omaknye ngan apaknye jer la dier sporting..ngan org lainnn sorryyyy!! ;p

Haji haji haji mustapa....

ekekeke.. sian! anak sendiri kena buli! nasib ekau dpt omak ni!! ;p

Another Boring Day

Perut sudah berkeroncong! Tapi sendiri tak tau nak makan apa!Haish…

Klu aku bekerja skarang ni, mesti entry aku, oh, Thank God its Friday! kan???hahaha.. now being full time penyeri rumah.. Friday! Hmmm….. there is nothing to celebrate! Huhu..besides hoping that mr hubby cuti on Sunday so we can go out jalan2… I actually had asked him to promise us (paksa janji..huhu) to go to Zoo sempena Rayyan 6mos. Well let’s us, whether he keep his promise or not. Huhu….

Anyway, lagi about 3 days, the little us is turning 6mos old. Uhuh… and you know what had happened tadi, ok I havent told mr hubby yet! (matilaa aku..) Pagi tadi dgn rasminya, its his first time jatuh katil. Aduhai…I was sleeping beside him, tiba2 aku dgr dia dah melalak dah. Aku carik atas katil xde, tgk2 dah kat atas lantai dalam kedudukan meniarap! Ya Allah.. anak aku! Sib baik takde ape2. Klu dah ade gigi tuh, mau berdarah jugak bibir dia. Haish, sorry sayang, mummy was so careless!! Pujuk2 dia, and he stopped crying then get back to sleep. Sian Rayyan!! Aduhai.. tgk dia nangis, I tried my best check apa and kat mana dia sakit. Takde bruises or ape2. Hopefully, takde internal injuries. Kesiannya dia.. mummy ni nape tak jaga rayyan betol2..!!

Cerita pasal smalam, mr hubby ade sket discussion so lambat balekk. Rayyan tidak mau tido selagi daddy dia tak balek. Penat aku cube tidokan! Mata dia kemain besar lagi, as soon as dia dengar keta daddy dia park depan umah. Haish… tak sabar2 tuh tunggu daddy dia mandi and solat. Right after, mr hubby senyum sambil pandang rayyan, he was so happy sambil buat bunyi nyaring dia.  Bila daddy dia dukung dia, lagilah happy giler. Bunyi nyaring bertambah nyaring. Main2 kejap wif daddy dia.. baru teringat nak tido. Mulalah..merengek, carik aku! Dah merengek omak eh jugak yg di carik kan! As soon as I came nearer,Rayyan teros capai aku mintak di dukung. Haish.. anak aku! Oh ye.. skang ni dia sudah pandai menghulur tangan mintak di dukung dan pandai juga memilih sape yg dia nak! Hehe…

Father and Son Moment

Resepi – Siakap Sweet Sour

Huhu..tgh2 xde keja ni, plus aku mcm ada kerajinan sket ni, aku nak simpan koleksi resepi2 aku jugak di sini. You know.. aku ni skang pelupa tahap gaban.. ari ni blaja.. ntah bulan depan blom tentu aku ingat! So, utk memudahkan kerja, aku jot down kat blog ni, so di lain masa,  mcm biasa boleh refer balek.

Ok, ari tuh my mil ajar aku masak siakap sweet sour. Sweet sour dia mmg marvellous abih! So, baik aku simpan baik2 resepi ni, kang nak tanya balek segan den. Hehe..

Siakap sweet sour (gambar courtesy of google image)

Bahan-bahan

Ikan ( Siakap, Bawal Hitam, Jenahak.. ape2 ikan yg rase nak makan)

Bawang besar ( dihiris mayang utk tumis & di hiris bulat utk hiasan)

Bawang Putih (3 ketul- ketuk dan hiris)

Halia (hiris halus + panjang2)

Cili Mesin ( sikit jer)

Tomato (hiris bulat)

Sayur-sayuran (couliflower, sweet bean, carrot, jagung, celery)

Sos tomato

Gula

Garam

Air tepung jagung

Cara2 Memasak

Ikan digoreng garing (garam + kunyit), letak tepi.

Tumis bawang putih, halia dan bwg besar. Sampai kekuningan + garing, masokkan cili mesin(sket jer , agak2..takmo pedas), dah garing masok sos tomato (byk sket), gula lebih sket, garam + pak aji (klu mahu), dah masak masok sayur2an dan hirisan bawang then masokkan bancuhan air tepung kanji jagung agak2  jgn terlalu pekat. Bila sayur dah hampir masak masokkkan tepong jagung. Masok tomato yg di hiris. Biarkan kuah mendidih sekejap. Then rasa, cukup rasa. Tutup api. Tuang kuah ke atas ikan yg di goreng tadi. Siap.

Pheh. Marvellous wa cakap sama lu.

Rayyan dah merengek tuh. It’s feeding time.

Okeh,  till later. Dadaaa……

Getting Better

Alhamdulillah, my precious honeybunch is getting better. Smalam, kami ke klinik lagi. Doktor tanye, ni apahal lagi ni? Haha… and She said first time parents , xpe.. next one mesti dah expert and learn from the mistakes. Haha.. Anyway, kami baru je dapat tahu, Rayyan now allergic to susu lembu pulak. So, skang ni minum susu lactose free. Alhamdulillah, lepas minum susu yg supplied by the clinic, takde berak2 dah. Hmm.. agaknye ni gara2 bagi makan awal sgt kot!  Tapi doctor tak mengiakan pon  but she said, bila badan baby dah tak leh terima, tak kira dah berapa lama pon , klu memang allergy tetap allergy.  For the mean time kami bagi dulu susu lactose free, later biler dah besar sket kena ajar jugak minum susu biasa.

Tapi minum susu jer, Rayyan tak bape kenyang. Sian dia, asyik merengek sbb lapar. Ni tgh blajar buat bubur nasi. Tadi aku buat, tp tak berapa nak jadi. Ntahla… esok cube lagi! Aku bukan ape, aku risau mcm ketul2 nasi tuh besar takot choking plak. Klu boleh nak fine blend, tp tak jadi2 dari tadi. Plus.. mr hubby pon reject bubur tadi! Hmm.. takpe cube lagi! Chaiyok..chaiyok.. u can do it!

Mummy, watch out! I'm back in action...!

Kesian dia..

Sejak Rabu lepas, Rayyan muntah2, tiap2 kali minum habis dia muntah balek susu yg dia minum. Kesian anak mummy, lemah je… si montel tuh makin susut badan dia. Tak abis ngan muntah, dia berak2 juger! Kami bwk pi klinik, doktor suggest minum susu soya based, so kami diberi Similac Isomil yg dah siap bancuh cukup utk 24 hours malah lebih, plus ubat tahan muntah, kembung and ubat demam. Kali ni susah sket nak bagi Rayyan makan ubat, bile dia nampak syringe tuh mula la dia ketap bibir, melalak2 takmo disuap ubat! Kesian.. Tapi kami terpaksa berkeras sket, supaya Rayyan cepat sihat. Mula2 nak start minum susu baru, he totally refused susu tuh. Actually susu tuh dah siap dalam botol, cume bukak top dia, pasang terus ring and puting susu.  Walaupon lapar, tetap dia xnak. Nak x nak, kami bagi susu yg dia dah biasa minum.

Besoknya  I decided nak cair kan sket susu tuh, every bottle ialah 2oz sajo. So I put dalam botol susu and tambah another 2oz, Alhamdulillah, Rayyan minum jugak. He’s getting better, raya haji pon tak ceria sgt. Susah betol nak senyum, klu lambat minum susu, menangis2 dia. Rayyan jarang menangis yg mcm melalak2 tuh, so dia betol2 tunjuk he’s not well.

Now susu tuh plak dah abis, so doktor advise to minum balek susu lama, tp cairkan… and now everytime minum dia dah mula berak2, sian… sampai dah melecet kat bawah tuh.. adehai..

Ni nak kena bawak pi klinik lagi la ni…..

 

— Ops.. Selamat Hari Raya Aidiladha you all!! Selamat makan daging korban byk2…. heheheee…